Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Haji buat semua umat islam di Malaysia,hee..UPM cuti sekali lagi even tak sampai seminggu pun naik kuliah,tapi balik awal laa..esok semua dah bertolak pulang,sebab cuti kitorang tak sama dengan U lain,and bagi cik roomate yang tiada kelas pada hari selasa,TAHNIAH! T___T
Berbalik pada topic,yess ini adalah penyakit yang hidup dalam diri aku berabad lamanya (jadah,abad!) DISMALUPOROSIS MELAMPAUTES,aku cuba untuk ubati penyakit ni..kadang-kadang geram dengan diri sendiri.Penyakit ini lebih menonjol setiap kali raya datang yang memerlukan aktiviti ziarah menziarahi berlaku.
Kalau dulu,aku akan cuba cari port untuk lari dari orang lain..nak salam pun segan! apa lagi nak hidang air kat tetamu..hunus la pisau! jangan harap aku nak pergi hidang kat depan.Kat sekolah,nak mintak ubat pensel pun suruh orang lain yang pergi mintakkan..orang yang tolong aku tu haruslah BFF aku yang paham disease aku ni,haihh..mak suruh beli sayur jap kat kedai runcit pun meronta tak nak,haihhh lagi..
Disebabkan sikap aku yang malu melampau-melampau ni..orang cop aku sombong,err tak kurang jugak panggil aku lesbian..sengal! hahha,sebab aku tak berapa kawan sangat dengan lelaki dulu,budget macam budak sekolah convent la haii..HAHHA
Okay tak nak gelak dah..benda serius kot! madam dulu dah face to face dah dengan aku,dia kata if hang tak bergaul dengan sedara,kawan-kawan..nanti satu hari hang buat majlis like wedding ke hape ke..takdak orang datang! padan mukoo..sebab orang tak konal hang! apa-apa masalah takdak siapa tolong..biaq pi la hang guling sorang-sorang buat kerja,nak?!! *okay slang kedah,terpengaruh dengan video matlufthi =="
Insaf memang la insaf,tapi nak buat macam mana tak boleh nak ubah..aku cuba la sikit,and aku rasa jugak perubahan kat matrik..lagi-lagi kat matrik wajib buat presentation kan,and paling gila kena buat sketch for kelas kemahiran dinamika..muka nampak cool,tak tahu hari sebelumnya macam zombie hilang akal..sumpah aku rasa nak buat sketch sambil pakai topeng otromen ==" disebabkan ni melibatkan ramai pihak,and markah..tadah je laa..
Aku teringin nak cakap,
"makcik sihat? dah lama ke sampai?"
"lawanya tudung auntie..beli kat mana?"
"comelnya adik ni,nama sape?"
Dalam Islam,tetamu adalah sangat dihormati tapi aku rasa macam nak mati! Aku nak berubah,aku tak nak penyakit ni..
p/s : aku harap bakal suami aku
seorang yang peramah :')


Comments