Assalamualaikum!
Hihi sambungan untuk previous post, kami semua ke Gamcheon Cultural Village yang juga dipanggil Santorini of Busan!
Hihi sambungan untuk previous post, kami semua ke Gamcheon Cultural Village yang juga dipanggil Santorini of Busan!
Santorini [Google]
Gamcheon Cultural Village
Haaaaaaaaaaa lebih kurang sama kan? Siapa kata tak sama aku gigit dia! Kedudukan rumah yang bertingkat-tingkat dan berwarna-warni laa menyebabkan kampung ini dipanggil Santorini of Busan.
Masyaallah punyalah mencabar nak pergi ke sini. FYI kami pergi ke Korea tanpa tour guide tau everything based on kebijaksanaan kawan-kawan aku yang study the routes before pergi. So basically kami main redah je hahhaha. Lepas lunch at local restaurant (in other post aku akan cita detail pasal makanan) kami pun ke Gamcheon ni, tapi aku kami punya energy level dah teruk sangat dah sebab kan oleh Taejongdae Cliff tu, masyaallah sisthurrr nak nangis rasa. Tapi kami proceed jugak sebab apa? sebab Malaysia boleh! kahkahkah
Dari local restaurant tu kami walk ke bus stop and naik bas nombor berapa ntah, ampun aku dah tak ingat, tak berilmiah betul blog neh, writer tak bagi any info berguna langsung! after dah naik bas yang betul, kami mula risau sebab kami tau naik je turun tak tau kena turun kat mana dan bila. Bas mula naik bukit haaa tu kami dah confident dah sebab tempat ni memang kat atas bukit. Then bas neh stop pulak, ahh sudah sorang-sorang turun, aku pun dah ready ah nak turun, tapi member tak kasi turun lagi dia rasa macam belum sampai, see! sejak kes sesat tak jumpa guest house tu kami survive guna naluri keibuan je, hahhaha
Selepas main agak-agak, kami pun turun lah bas.
Ikan kekek mak eloi eloi
Syukur Izza dah nampak kurus lepas mendaki Taejongdae Cliff
Oh ya kat sini pun banyak tangga *stress* tapi sebab baru lepas makan kan, so bertenaga laa jugak makan nasi kott! Sedap ahjumma masak. Masa time tu pun dah asar or nak ke asar dah, kami cari port yang elok, and decide untuk solat kat playground je. Selalu before solat aku mesti buang air, tapi di Koriye nahi nahi kabi nahii aku tak terasa langsung nak buang air kecil mahupun besar hahah, so yang nak pergi tandas + ambil wuduk bergeraklah ke toilet yang ntah mana ntah, jangan diorang masuk rumah orang sudah. Gamcheon Cultural Village tu memang tempat tourist tapi idok ler dalam rumah orang tu pun kau boleh visit, kau datang sana tengok je takleh masuk hahaha
Aku pulak kat playground bersama sorang member yang takleh solat, aku tak ingat dah siapa masa tu ke aku sorang-sorang ek? Ntah lah kahkah aku ambik wuduk guna botol spray yang madam guna untuk pergi umrah, haa main spray-spray lah kt situ, penat gak ah tangan nak menekan especially wuduk part kaki pehh guwa punya position dah macam nak beryoga dah, sumpah aku menyesal tak ikut dorg pi toilet, tapi aku tak sanggup dah nak jalan jauh semata nak cari toliet ntah ada air ke tidak kat sana. Tapi mestilah ada kan kalau tak camner dorang ambil wuduk. Then masa aku tengah beryoga tu tiba-tiba ada sekumpulan tourist chinese, tak tahu lah dari hong kong ke apa, memula dorang stop jap, then dorg lalu je so lega dah aku, tapi tetiba one of tourist tu stop by kat playground tu halamak dah lah lelaki aku pulak pakai tudung nampak jambul time tuh, ada laa dalam 5-10 minit dia main basikal exercise tu baru dia blah huwarghh nasib baik dia tak jerit 'hey terrorist' kat aku hahhaha islamophobia betoi.
Dan seperti biasa, Korea dan tangga berpisah tiada.
Kami dan tangga
Ibu yang mengandung jangan cari pasal nak mendaki kat sini
Kat sini banyak jugak shop-shop comel yang jual cincin tunang, cover handphone,
handkerchief and etc
Bae
Vandalism yang dibenarkan! hikhik peace yaww!
Masa ni energy level dah 5% dah
Masing-masih lupa balik Guesthouse nanti nak kena jalan kaki lepas tu naik bas then jalan kaki lagi

Kat sini banyak jugak shop-shop comel yang jual cincin tunang, cover handphone,
handkerchief and etc
Bae
Vandalism yang dibenarkan! hikhik peace yaww!
Dekat Gamcheon ni kami jumpa sekumpulan tourist dari Malaysia, omg that feeling bila kau dengar orang bagi salam dibumi bukan Islam hamagad!! Nak nangis jap! padahal baru 2 hari kat Korea kahkah.
Selepas puas naik turun tangga kami ke last destination in Busan nih which is Gwangalli Beach. Naik bas nombor berapa ntah then turun je kena jalan kaki lama jugak laa huwarghh serious nak pitam. Tapi syukur sis tak pitam. Oh ya benda yang aku kami still tak tahu sampai dah balik Malaysia ni adalah naik bas guna t-money, macam train kan kita akan scan masa pergi dan waktu dah sampai next station kan? kami buat benda yang sama masa naik bas, naik bas scan turun pun kami scan, tapi kami tengok ada Korean yang tak scan pun masa turun so kitorang pun tak tau jawapan nya sampai sekarang hahahha aku tak tahu laa kalau BFF lain dah dapat jawapan, lulz aku malas nak fikir masa tu sebab dah penat sangat, dah balik Malaysia pun still penat so after setahun baru aku terfikir nak tau jawapan dia. Tapi kalau korang naik taxi dekat Korea, naik tak perlu scan, masa turun je scan. Haaa t-money bukan boleh guna untuk bas je, train boleh taxi pun boleh. Bukan Malaysia je boleh! Hahahambar
Energy level : Izza 5% Lain-lain 79%
Jenis manusia tak reti penat kot diorang nih
Masing-masih lupa balik Guesthouse nanti nak kena jalan kaki lepas tu naik bas then jalan kaki lagi
Energy level : Izza -5% Lain-lain 100% recharged
Kali ini kita pergi lebih lama pergi lebih jauh ~~
Masa ni lepak nak tunggu sunset tapi sunset takde kahkah
Kemudian kami singgah night market kejap beli makanan buat isi perut, beli tteokbokki(spicy rice cake) dengan jeon(pancake). Untuk tteokbokki, korang kena make sure dalam tray(?) yang ahjumma masak tteokbokki tu tak ada sosej or any daging ke apa (selalu nya tak ada daging, ada sosej je) baru beli. If fish cake tak apa. Tapi depend dekat korang laa, kalau tak yakin tak perlu beli. Untuk jeon kitorang beli yang sayur punya rasa macam chives yang diracik-racik. Sedap wehhh omnomnom lagi-lagi bila dipped jeon tu dekat kuah tteobokki tu masyallah sisthurrr,
Tapi nak beli pun kemahen payah penat practice cakap Korea kat Malaysia, at the end guna bahasa isyarat je. HAHHAHAH yang paling aku ingat sampai sekarang adalah diorang tak tahu take-a-way tu maksudnya apa ahahahha nak nangis tau semata sebab nak explain yang kami nak bungkus taknak makan kat situ. Sebab Korean selalu memang makan street food dekat depan stall tu, so berdiri lah mereka sambil makan, kami meleis nak duduk kahkah lagipun penat masa tu so nak makan dekat guest house je. So selepas menggunakan body language akhirnya ahjumma tu kata take out, ohhh I see mereka guna ayat take out instead of take-a-way. Long way to go za.
Longgg wayyy.
[Annoying gila ayat kat atas ni tak boleh justified, so center kan je sebab kalau kekiri kan nanti belah kanan tak rata, manusia yang dah biasa buat audit report tak boleh terima tau paragraph belah kanan tak rata kahkahkah padahal previous posts zaman bebudakzx dulu kemain hancur]
End of Busan trip! Balik je guesthouse kemas luggage and terus tidur sebab next day pukul 6am dah kena keluar GH sebab nak ke Seoul.
Till we meet again!
p/s : Otw balik ke GH beberapa meter from Gwangalli Beach, kami jumpa orang mabuk lagi omg!! Dia mencarut dekat kereta apa ntah, then kereta tu hon dia balik. So hati-hati okay siapa yang nak ke Korea tu especially without guide macam kitorang nih.

Comments