Skip to main content

TRIP KE KOREA PART 1

Assalamualaikum,

Okay sambungan for previous post. 

Kami sampai Incheon Airport almost 4pm macam tu ke 3pm ek tak ingat hhahahha. Landing je lagu Shinee dah berkumandang dalam flight omomomo cam tak  percaya dah sampai!!

So 1st kali kami decide untuk solat jamak zuhur asar kemudian topup t-money (touch n go) and naik train to busan. Haaaaa cerita dia sampai-sampai tu memang blur ah, kami cari prayer room, masuk-masuk je untuk agama lain, ahh sudah acaner neh, last-last kami solat kat luar prayer room tu selepas dihalau disuruh keluar oleh pompuan mana ntah kat dalam tu. Maka solat lah kami dikawasan yang tersorok sikit hahhah taklah tersorok sangat actually. Ada je orang pandang tapi buek tak tahu aje lah. Oh ya dalam toilet tak ada air ya sisthurrr haa ambik air dekat sinki then isi dalam botol. Pepandai lah nak hidup,

Alhamdulillah benda wajib dah selesai kami pun pi topup t-money. Kami dah ada t-money nya sebab ada member punya member kerja dekat korean punya travel agency apa ntah aku tak tahu sangat kahkah then untuk yang pergi travel ke korea before jan 2016 dapat map and t money for freee horrayyyy! just isi forms je.... siap dapat t-money gambar big bang lagi gais! Then masuk convenience shop topup for 20,000 won. If tak cukup later boleh topup lagi but if terlebih boleh refund semula nanti. Tidak dilupakan, kami turut menggerabbb banana uyu aka susu pisang korea yang famous pom pom tebaboommmmm

Gambar ditaja oleh google


Inilah the infamous banana uyu di Koriyee yang warna hijau tu, yang strawberry dengan yang tengah tu aku tak minum sebab dengarnya tak halal, Ntah lah tak tahu betul ke tak sebab tu kami minum yang banana je.

Kemudian ke Busan ke kitaaaaa
Dont worry masa ni tak ada zombie! kekekeke

Masa dalam train tu memang syok sebab internet laju baq hanggggg


Seha gaduh dengan oppa masa ni sebab tu berkerut


Gemok gila sehh yang paling belakang tuu kau pergi jogging sana!

Okay sedikit tips jimat kepada newbies macam kami. If korang plan nak ke Busan for first day, ambik flight direct ke Busan so tak perlu lah ulang alik Seoul - Busan - Seoul kan. Kami newbies so tak terfikir masa tu muehehhe. Or if korang nak pergi Seoul dulu baru Busan, beli tix flight balik Busan - KLIA. So tak perlu patah balik ke Seoul. Seoul = Incheon Airport.

Masa sampai Busan masa tu dah malam dah dalam pukul 9-10 malam waktu Malaysia. Beza waktu MY-KOR 1 jam je, diorang awal satu jam. Masa kami pergi tu musim autumn so sejukkkk jugak laa bagi manusia yang berasal dari Malaysia kan yang bukan 4 musim, ada pun musim hujan, panas neraka, panas sedang-sedang, musim durian, musim cuti sekolah, musim peak period company financial year end dec *petir . 

K yang last tu yang kerja firm macam kami je faham miahhahha

Disini drama bermula! didoriiii didori doriii~~

*skip part terjumpa pakcik tua mabuk depan convenience shop*
*skip part pakcik tu mai kat kami*
*skip part badan mengeras tak reti beralih bila pakcik tu makin dekat*
*skip part cashier convenience shop datang mai and suruh pakcik tu jangan kacau kami*
*skip part kami bersyukur pakcik tu bukan sejenis aggresif*

Kami dah lah sampai malam, dengan sejuk dengan blurnya. Berbekalkan map guest house yang telah discreenshot. Kami sesat laa cerita dia, paling lawak kami terpergi arah bertentangan (masa tu tak lawak okay), hahha sebab dekat map tu state nama coffee shop tau two some coffee shop kot kalau tak silap, maka kami follow lah coffee shop tu, HAA ni nak habaq maii pada newbies semua sesungguhnya kat korea ni banyak giloo coffee shop, banyak brand and even brand yang sama kau boleh jumpa selang 2 blocks je. So berkat sifat naluri kewanitaan salah sorang BFF aku yang merasakan kami jalan ke arah bertentangan, maka kami terjumpa coffee shop yang sebenar, kuajaq kau berapa banyak nak ada haa sama brand pulak tu hak alah!!

Okay lepas tu drama tak habis lagi, kahkah selepas separa beku menarik luggage. Kami pun sampai kat guest house tu!! Woohoooo cantik and cozy! tapi gua tak puas hati dengan tempat ni! nak complain!!

Masa sampai tu GH tu tak ada orang jaga tau, kalau kau rompak pun ntah-ntah takde orang tahu, tapi nasib baik kami tak rompak sebab aku syak mesti ada CCTV sebab selalu dalam kdrama kedai buruk pun ada CCTV. K bukan pasal rompak yang aku nak cerita.

Bila tak ada orang kat kaunter macam mana kami nak check in kan. Dah laa penat, sejuk pula tu! Tapi kena rational kat tempat orang jangan layankan angin kau tu za, so kami nampak nombor telefon owner GH tu, tapi caner nak call kan, kami mana ada no fon korea, contact before ni via email je. So aku tebalkan muka dengan BFF sorang, pi pinjam telefon wanita yang bekerja dekat tingkat bawah GH tu. Ada korean and german kot lagi sorang heheheh, dorang tu macam 'pelayan' laa but so nice hahha and faham english, so dengan pertolongan mereka dapat lah call owner tu. Alhamdulillah Korea Boleh! Malaysia Boleh!

So cita dia owner tu ingat kami sampai esok, ek eleh padahal BFF guwa dah confirmkan kot kt email harituh, bukan nya minggu lepas kami bagitau, nak je aku sekeh dia, nasib baik penat masa tu.

So rehatlah kami malam tu selepas menempuh pelbagai drama seharian, itu pun aku dah skip part member dr JB almost terlepas bas nak ke KLIA, and aku nangis dalam bas tu sebab ingatkan dia tak sempat naik, kaki cramp masa dalam flight dan banyak lagi yang aku rasa takyah ah cita buat sakit hati je ingat, dinner simple je mee cup, roti, tempe, and brownies yang member bawa. Alhamdulillah survived hari pertama!













Dan malam tu aku tahan berak sebab toilet takde air, toilet dah laa kat luar GH
ARGHHHH STRESSS!






Till we meet again!






Comments

Anonymous said…
ni dah macam mana cerita setahun lepas masih ada feel nak cerita ni? aku dah lupa kot insiden kecik2 mcm jumpa pakcik mabuk, lalu jln bertentangan whatsoeva tuu hahaha
Unknown said…
Hahahhaha nak ambik mood japan ni!!

Popular posts from this blog

adaKAh ini AneH??!! [5]

Aku Suka Vending Machine :) masa kat matrik dulu dalam seminggu berapa kali ek   beli air  gedegang! Tak haus pun,just suka..macam sesuatu yang nikmat biler berjaya membazirkan syiling sebanyak 2 keping 50 sen 1 keping 20 sen dan 1 keping 10 sen..dan sangat mendebarkan bila nak buat keputusan nak beli air apa,hihi~

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum, Sejak 2,3,4,5 menjak ni..aku dah mula suka pakai makeup!.Giler.And aku dapat rasakan aura-aura kewanitaan mula muncul like minat shopping!.Aku harap ia tak makin kronik..==" But atleast 19 tahun wearing makeup tak pelikkan? but how bout budak yang UPSR pun tak lepas lagi wearing makeup mengalahkan artis??  [first time buat  ST ,rasa janggal sebab tak bole bebel panjang! :P]