Skip to main content

Kerja Oh KeRjA..

Assalamualaikum,


Jumaat lepas I got message from cik Iyntan,dia tanya nak kerja tak? dalam hati memang nak sangat sebab dah berapa tahun kan aku nganggur [ tolonglah percaya! ],plus kerjanya sabtu ahad je..ok,lagi laa aku excited! sebab aku ni pemalas..so setakat kerja 2 hari seminggu ok what?!, then dia katalah rm50 sehari..hah,orait berbenor la tu..


Jadi aku pun decide terus nak kerja,bayangkan tak sampai setengah jam dah decide..sama ada aku ni berfikiran pendek atau terlampau confidence..korang tentukan lah ya, :)


Maka,keesokkannya which is sabtu..aku start kerja,Iyntan kata baju kena putih,seluar hitam and tudung hitam..disebabkan aku ni tersangatlah nerd baik! aku pakailah kemeja putih and tudung hitam kosong,sebiji manik pun tak ada..apatah lagi kerawang-kerawang bagai tu..haha,


Sekali datang jer,pehhh..pekerja dia pakai t-shirt j kot,tudung pun lip lap lip lap..erk?! I'm so sorry for being toooo formal?
bhahhaha..dulu aku kerja KFC kena kemas kan,tudung kena kosong pin tudung pun tak boleh ada mutiara,berlian semua tu..mana aku tau! hihi,walau macam manapun aku tak plan untuk tukar appearance aku sebab as promoter seharusnya kemas lah kan baru boleh tarik customer :)


Oh lupa nak cakap,aku kerja sebagai promoter Mighty White,sebelum korang salah sangka ni product tooth paste macam kawan aku tu hahha..aku nak cakap ni ROTI,yang 'fresh and white' haa..yang tu tooth paste.sekian.












kerja aku lebih kurang macam orang kat atas ni lah,nampak tak cara diorang berdiri tu? ni agak-agak aku dah almost 6 jam diorang berdiri ni,sampai dah nak terbongkok dah..aku kerja dari 
10 a.m till 10 p.m break 2 hours,so aku kerja only 10 hours laa kan,no chair okay! bila aku fikir-fikirkan promoter memang tak boleh duduk..kalau duduk susah nak buat promotion,ingat aku umairah  ke jual rumah? cam tu boleh laa duduk..hihi~


Siapa sangka kan? cehh..aku ni seorang yang tersangatlah pemalu..
ecececeh,aku sendiri rasa proud dengan myself,first day..I've to stand alone,without any experience on this promotion thingy,have to sold it as much as possible! tried attract customers attention and give some tester for them to try..smiles like 24/7,talked to kids? have some conversations with one pakcik bout our prime minister and atlantuyaa?


Wow,it was such an incredible experiences,if someone offer you to be a 'tukang lap kasut' at 'tepi-tepi jalan',you should take it!
like seriously..you can see the real world out there!


Bunyi macam over excitedkan aku ni? hehe..so, aku nak share dengan korang apa yang aku belajar selama 2 hari ni..sabtu and ahad lepas,check it out~










1- Parenting Skills di Malaysia berada di tahap yang baik!


Setiap kali aku bagi tester roti dekat budak-budak,parents diorang mesti bising like :



" Dah cakap terima kasih belum?"


yang chinese speaks mandarin la kan,ada sorang chinese mom ni dia boleh hold tangan anak dia dari ambil tester roti aku tu semata-mata sebab budak tu tak cakap :

" akak,saya mau.."
[ slang chinese ]

macam nak nangis jugak laa,budak tu..hahha.So,good job parents..tak salah kalau sometimes jadi strict~


2- Malaysian's Lifestyle..

Terbaik!! boleh dikatakan almost 65% yang tanya aku,wholemeal tak ada promotions ya? maaflaa saya jual roti putih je kot yang sandwich tu,sayangnya yang tanya kebanyakannya indian dan chinese,so malay people.. wake up and start a good eating habits and healthy lifestyle rite now!

3- Kids have a power of buying..

Seriously yes! Adalah sangat tension if yang lalu tempat 'booth' aku tu remaja and couples..I'm hoping for a family with atleast 5 child below 12 years old across my 'booth',HARAPAN~

Yang buat aku terkejut habis,ada seorang budak ni dia pun rasalah kan tester roti yang aku buat dengan penuh kasih sayang tu..bayangkan roti and kaya jer kot! okay,10 points sebab roti ni giler fluffy..dia kata,


" Wah!! Sedap gilerrrrrrrr la kak!"


Then dia cakap kat penjaga dia suruh beli,try product ni..penjaga dia kata,lain kali lah..but guess what?! dengan muka tak bersalah selamba jer dia ambil roti tu letak dalam troli and blah..aku hanya mampu gelak,boleh?





4- Take care of your belongings!

Agak tragedi bila aku hilangkan kunci kereta! Aku dah gelabah..elak menangis je kan haha,aku forwards mesej and tunggu orang reply,otak dah bercelaru memang tak boleh nak fikir..kepala dah terbayang dah kalau chansung oppa aku kena kebas,macam mana nak balik ooit!

Pendekkan cerita,someone jumpa kunci tu kat tandas pekerja and give it to guard yang jaga tempat tu.. =="
Mak cadangkan aku gantung kunci kereta dekat rantai aku..nak melawan dosa pulak..tengoklah nanti macam mana :P



5- Try to be a warm person,even it FAKE!

Frankly,for the first meet aku memang tak peramah especially with guys..tapi bayangkan,aku boleh bantai senyum dekat mat indon and bangla yang lalu depan 'booth' aku tu..tak kisahlah customer or tukang mop pon,no problem at all! hahah..

aku borak dengan seorang pakcik tentang universiti,meleret ke jurusan akaun and tiba-tiba masuk tentang atlantuyaa..aku tak tahu apa connection dengan roti yang aku jual tu,hahha

next,uncle chinese dia pesan dengan aku.. 


jangan cari pakwe dulu.. belajar butul-butul baru kahwin maa..buka mata besar-besar pilih,baru tale gaduh!

last uncle india,dia ceritalah kebaikan makan wholemeal bread ni..hmmm,saya memang pendengar yang setia kan?hihi..sempat la belajar dengan sorang aunty ni sebut roti dalam mandarin..so people bread in mandarin is,

'myienpow'













p/s= entry ni totally story on
     one side only,which is +side,
     -side like,orang mengelak bila
     nampak aku telah diCUT oleh editor..haha,
     mood Star by Kang Min Hyuk~

Comments

RazmiMuhammad said…
kunci keter gantung kat leher??kreatif~
aku nak jugak la..haha..i mean it..
mocha~ said…
==" kau buat dulu la shazrul..

baru aku buat..hahaha,
aduh~ sapela kwn ko yg kate Mighty White tu tooth paste.. haha.. XD
mocha~ said…
haaa..siapa lah ek?

baik ngaku cepat! hahha..

Popular posts from this blog

adaKAh ini AneH??!! [5]

Aku Suka Vending Machine :) masa kat matrik dulu dalam seminggu berapa kali ek   beli air  gedegang! Tak haus pun,just suka..macam sesuatu yang nikmat biler berjaya membazirkan syiling sebanyak 2 keping 50 sen 1 keping 20 sen dan 1 keping 10 sen..dan sangat mendebarkan bila nak buat keputusan nak beli air apa,hihi~

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum, Sejak 2,3,4,5 menjak ni..aku dah mula suka pakai makeup!.Giler.And aku dapat rasakan aura-aura kewanitaan mula muncul like minat shopping!.Aku harap ia tak makin kronik..==" But atleast 19 tahun wearing makeup tak pelikkan? but how bout budak yang UPSR pun tak lepas lagi wearing makeup mengalahkan artis??  [first time buat  ST ,rasa janggal sebab tak bole bebel panjang! :P]