Skip to main content

Posts

Assalamualaikum, 'Jubah dan tudung tidak mampu menutup hati yang kotor' Sentap kan? aku lagi sentap,hahah..ayat ni aku jumpa sewaktu bersiar-siar di laman sosial Facebook. Renung punya renung,hayati punya hayati,menusuk ke hati! menyedarkan diri.  Alhamdulillah,penghijrahan dari segi pemakaian sudah berjaya dilakukan sikit demi sedikit,berkat bantuan madam dan sokongan rakan-rakan..walau pada mulanya,madam agak kurang menggalakkan.Jangan salah sangka,sebab utama madam tak menggalakkan bertudung labuh ini reasonnya sebab tak yakin aku akan KEKAL pakai sampai MATI! madam taknak aku berubah fikiran satu hari nanti..yang labuh dicampak,yang pendek dicari-cari.Disebabkan aku masih remaja..dah remaja tidak mampu lari dari arus fashion,madam takut aku menyesal atas perubahan radikal ni.  Tapi lepas aku convince and tunjuk yang aku benar-benar mahukan ia,alhamdulillah madam lembut hati jugak..hihi,but dari sini..baru aku dapat nilai sejauh mana madam kenal aku,k...
Assalamualaikum, Bila timbul rasa benci..marah..sakit hati terhadap KAWAN, Aku cuba ingat balik kenangan yang kita cipta bersama. Masa, kita makan sama-sama.. gelak sama-sama.. kongsi rahsia ^^ jalan kaki lepas sekolah semata nak beli ABC.. belajar sama-sama.. bila demam kat matrik,bilik siapa yang aku tuju.. kongsi teh dari mug yang sama, even pahit kesan uncang teh terbiar lama.. kau still minum : ') Kenang.dan.Maafkan. itu yang aku cuba buat. Well siapa kata, " aku benci kau 5 minit " satu gurauan? 5 minit tulah masa yang digunakan untuk kenang balik persahabatan tu,muhasabah diri. and nilai..patut ke bermusuhan hanya kerana benda yang remeh? hati ego aku kata itu bukan perkara remeh, sebab remeh+remeh+remeh boleh jadi big deal! tapi, apa yang kau buat untuk aku dulu lebih ' big deal '.. berbanding luka yang kau bagi sekarang. -Aku maafkan kamu-
Assalamualaikum, Kata-kata itu kadangkala adalah racun, dan mungkin juga penawar, Rasullullah SAW pernah bersabda,benda yang paling tajam adalah lidah manusia . Maaf,kalau saya adalah racun bagi awak.

Maruah

Assalamualaikum, Tersebut lah kisah pada suatu hari yang indah cuacanya, seorang kakak sedang elok menghadap rezeki(makan) sedang si adik kehulu kehilir di ruang tamu.. KAKAK : wehh..kau cari apa? Adik   : hah? ohh cari sejadah, KAKAK : OOoooo.. Adik  : Angah, sejadah dalam Bahasa Inggeris apa? (ni yang gua tak gemar ni..cukup-cukup laa cik sikin dok tanya hal ehwal grammar,kat twitter pulak tu! depa tak tau ke aku ni nazak sangat bab-bab serangan mengejut dalam Bahasa Inggeris neh?) Namun,seorang kakak tidak akan sanggup mencalar maruahnya sebagai seorang pelajar universiti dihadapan seorang budak lelaki yang baru berumur 14 tahun,budak hingusan,pensil shaker pun akak dia ni yang belikan. KAKAK : (mengunyah) ehem..mak kata waktu makan tak elok bercakap. Adik   : ???!! P/s : pesanan madam banyak       hikmah rupanya..       ahahhaha!