Assalamualaikum,
Aku baru lepas tengok balik performance altimet and awi rafael masa AJL haritu dekat youtube. Happy gila bila altimet menang even no 3 je! hahha
Lately aku rasa macam nak buat duit. Duit. Duit. *gila*
Haritu aku nak keluar shopping, bukak pintu rumah je tengok kereta aku hilang. Gua dah cuak sebab wallet dalam kereta dah macam mana aku nak shopping kalau duit tak ada, kereta tak ada tak apa sebab kebetulan haritu kawan aku rajin nak fetch aku. Walaupun letak wallet dalam kereta sangat-sangat tak digalakkan, aku buat jugak sebab aku takut kalau-kalau wallet tertinggal, nanti tak pasal-pasal kena tahan polis sebab tak bawa license. Rupa-rupanya madam yang pinjam kereta sebab kereta beliau rosak. Yang hanya tinggal dalam rumah masa tu was nenek and adik-adik aku. Maka, aku decide untuk paw Alif! muahahahha. Kemain aku minta duit kat Alif dengan gaya memaksa..
Alif gelabah.
Dia kata " Angah, kau dah macam orang hisap dadah ".
Speachless jap aku, tapi tak boleh nak denied sebab cara aku minta duit tu pun aku rasa ada ala-ala orang hisap dadah yang desperate gilaa nak duit. kahkah
Oh ya, cakap pasal seni. Aku rasa cemburu sangat dengan orang-orang seni ni. Buat lagu dapat duit, nyanyi lagu dapat duit, buat skrip dapat duit, tulis novel dapat royalti which is duit jugak, lukis komik, etc. Nak bayangkan kerja diorang dengan akauntan dengan engineer, pftt jauh sangat. Bukan aku pandang rendah pada orang seni, macam aku kata tadi aku cemburu. Tak semua orang boleh buat lagu, pap! terus datang idea bila nak, macam tu jugak dengan penulis skrip dan novel.
Kadang-kadang aku rasa nak give up dengan accounting. Orang yang individualistik, selfish and rebellious macam aku ni memang patut kerja sendiri. Mana laa tau tak sefahaman dan sehaluan dengan si majikan.
So, bila aku tengok AJL.
Sah-sah menang woii!
Hafiz kot!
Kaya aku!
p/s: Buat si bakal, takk saya bukan mata duitan. Saya cuma berminat dalam aktiviti generating wang sahaja. :D
Sampai ketemu lagi, tata!
Comments
THEN YOUR FIRST SONG IS ABOUT MAKANAN! HAHAHAHAAHAHHA