Skip to main content

Ubah Dunia



Assalamualaikum,

Aku rasa resah sangat bila dengar story Along tadi. Haritu beraya pun macam-macam cerita aku dengar daripada cikgu-cikgu..kadang-kadang aku tak tahu nak salahkan murid atau cikgu atau pihak sekolah atau mak bapak budak tu sendiri. Aku bersyukur sangat walaupun sekolah aku tu kategori tak berapa baik, tapi aku elok jer belajar kat sana dulu, cikgu pun bagus-bagus.. selalu jugak sekolah yang famous-famous panggil cikgu sekolah aku untuk bagi ceramah dan sebagainya. Aku beruntung sebab selalu berada di kelas hadapan walau tak pandai mana, tak pe semangat tu yang penting! ekekeke. Bila aku dengar cerita Along, pasal budak kelas hujung-hujung aku rasa sedih sangat, yang cina tak faham bahasa melayu, yang melayu pulak tak minat nak belajar..degil pulak lain cerita.

Tadi Along cerita pasal sekolah dia, how student kelas dia..perempuan melayu dipanggil oleh penyelia petang sebab tak isi borang dengan betul, alamat rumah tak isi..hasilnya? budak tu di lempang dipipi dihadapan kawan kelas dia. PUBLIC okay in PUBLIC! Lagi sorang budak lelaki cina, dia cakap dengan kakak aku..nampak kesan apa dekat belakang baju dia, and apa yang Along nampak? heh, tapak kasut!
Ya Allah! aku tak tau laa apa salah budak tu sampai cikgu main tendang-tendang macam tu, pulak tu ada yang dirotan, tapi yang kena bukan telapak tangan, tapi PERGELANGAN tangan! kau gilaaaaaa??!!



Disebabkan aku suka tengok drama berkenaan student macam Gokusen 2, Gokusen 3, Jungle Fish 2, Jungle Fish 1(separuh jalan), Great Teacher Onizuka (GTO), and ombak rindu (pfttt). Aku rasa cikgu tak patut buat semua ni, cikgu kena faham student, cikgu kena tahu masalah pelajar dia, cikgu kena banyak bersabar, cikgu perlu pandai tarik minat murid untuk belajar, cikgu kena tahu berlawan..so kalau pelajar dia terlibat dalam pergaduhan di luar sekolah, cikgu boleh back up macam cerita Gokusen.

(Sila ignore perkataan yang sama makna tapi lain perkataan seperti MURID, PELAJAR, STUDENT)

Aku selalu marah Along bila dia marah student dia, atau dia ignore student dia. Marah is a NO! Ignore is a BIG NO! How come seorang cikgu boleh ignore student dia..kata Along "dah tak boleh buat apa" sebab diorang nakal and degil sangat. Belum lagi bab melawan kata. Kita tegur, dia jerit balik kat kita.

So bila Along cakap macam tu, aku rasa betul cakap madam.. "aku hidup dalam dunia khayalan" (madam suka buat aku sentap, ==" ) since aku suka tengok drama pelik-pelik, anime and manga ==" aku fikir nak UBAH DUNIA ni mudah, dengan hanya jerit "fighting!" "gambatteh!" sambil genggam tangan semua benda akan jadi seperti apa yang aku nak.WORLD PEACE. BETTER EDUCATION. EARTH FREE FROM POLLUTION. EVERYBODY WRAP THEIR CHEWING GUM BEFORE THROW INTO THE DUSTBIN. NO TRAFFIC JAM. (Ini semua impian aku, selain nak bercuti ke korea)



Tapi ni semua tak mustahil untuk terjadi. Mungkin aku patut mula sikit-sikit. Mula dengan diri sendiri and mungkin aku boleh spread kan hal ni dekat kawan-kawan..family and bila dah ada anak nanti pupuk mereka dengan nilai murni supaya impian aku tu akan tercapai. Aku tahu cikgu pun tak berniat nak berkasar, dan pelajar pulak? kami mungkin masih belum matang..muda lagi, tak faham pun peri penting pelajaran ni. Motifnya disini, aku tahu tak salah cikgu denda dan rotan pelajar, tapi beragak laa..fikir, adakah rotan akan bawa lebih banyak kebaikan atau keburukan? aku takut sangat kalau budak-budak sekarang tak rasa yang sekolah, adalah tempat untuk dikenang sebagai satu memori yang manis bila besar nanti.





Comments

Popular posts from this blog

adaKAh ini AneH??!! [5]

Aku Suka Vending Machine :) masa kat matrik dulu dalam seminggu berapa kali ek   beli air  gedegang! Tak haus pun,just suka..macam sesuatu yang nikmat biler berjaya membazirkan syiling sebanyak 2 keping 50 sen 1 keping 20 sen dan 1 keping 10 sen..dan sangat mendebarkan bila nak buat keputusan nak beli air apa,hihi~

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum, Sejak 2,3,4,5 menjak ni..aku dah mula suka pakai makeup!.Giler.And aku dapat rasakan aura-aura kewanitaan mula muncul like minat shopping!.Aku harap ia tak makin kronik..==" But atleast 19 tahun wearing makeup tak pelikkan? but how bout budak yang UPSR pun tak lepas lagi wearing makeup mengalahkan artis??  [first time buat  ST ,rasa janggal sebab tak bole bebel panjang! :P]