Skip to main content

Assalamualaikum,


'Jubah dan tudung tidak
mampu menutup hati yang kotor'

Sentap kan? aku lagi sentap,hahah..ayat ni aku jumpa sewaktu bersiar-siar di laman sosial Facebook. Renung punya renung,hayati punya hayati,menusuk ke hati! menyedarkan diri. 


Alhamdulillah,penghijrahan dari segi pemakaian sudah berjaya dilakukan sikit demi sedikit,berkat bantuan madam dan sokongan rakan-rakan..walau pada mulanya,madam agak kurang menggalakkan.Jangan salah sangka,sebab utama madam tak menggalakkan bertudung labuh ini reasonnya sebab tak yakin aku akan KEKAL pakai sampai MATI! madam taknak aku berubah fikiran satu hari nanti..yang labuh dicampak,yang pendek dicari-cari.Disebabkan aku masih remaja..dah remaja tidak mampu lari dari arus fashion,madam takut aku menyesal atas perubahan radikal ni. 


Tapi lepas aku convince and tunjuk yang aku benar-benar mahukan ia,alhamdulillah madam lembut hati jugak..hihi,but dari sini..baru aku dapat nilai sejauh mana madam kenal aku,kalau madam tak halang dulu..mesti aku tak kuat macam sekarang.




Berbalik kepada ayat berfont merah diatas,serius aku suka sangat buka facebook sejak-sejak ni..ramai yang mengingatkan,pernah pukul 2 pagi aku bukak facebook..terpampang gambar mayat yang telah dikafankan,terkejut giler! masa tu laa nak cari sejadah..sebab belum Isyak,okay 2 pagi ya! astaghfirullah..

Dari segi rohani yang susah sebenarnya..bukan senang nak jaga hubungan dengan Allah,5 waktu itu memang mudah dilakukan..tapi cukup bernilai kah ia? atau solat aku tu semata macam bersenam? =.= Lagi satu menjaga hati,bukan senang hati ni nak positif sokmo..kadang-kadang terngumpat dalam hati,kalau boleh ditampar..dah lama aku tampar hati aku yang negatif ni!


Tapi Insyaallah..aku akan cuba perbaiki rohani aku..sampai tahap bila aku tengok ayat kat atas tu aku tak TERASA dah ^^. Itu cara aku mengukur tahap perubahan diri,kalau aku masih rasa malu,,bengang,segan,offended bila tengok ayat yang macam diatas..maknanya perubahan belum lagi pada tahap yang memuaskan.

















p/s: Kadang-kadang takut,
     perubahan dikaitkan dengan
     perkataan 'hipokrit' :(




Comments

ashikinzulkefli said…
nak saya tampar hati awak?hihi

hati saya ni kene tampar dulu :)

insyaallah tak hipokrit awak, biasalah tu mulut orang mana boleh tutup macam mulut tempayan :)
mocha~ said…
takut bila hati dah ditampar..terus tak berdenyut dah lepas tu..err
tyra said…
mocha, dulu aku macam ada terdengar tak baik mengucap 'astagha' je. sbb maksud lari. macam kita nak cakap 'pengorbanan' tapi kita sebut 'pengor'je. kan lari maksud? hehe (Y)
ayat dekat atas tu ayat cerita jujur aku dayus ;D (Y)
bila selalu baca ayat tu memang rasa mcm berbakul2 strawberry jatuh atas kepala.
mocha~ said…
mira : ooo..dari situ ke? patut banyak org post kat fb ^^
IeLa tU sAya.. said…
kiter suker entry nie.. ;)
asnizaziz said…
sy pon suke entry ni.kita berubah kerana tuntutan n kewajipan agama, bukan apa pandangan masyarakat sekeliling :)
ILA HonEyBuNNy said…
berubah kerana Allah...
selagi niat kita betul..bukan hipokrik namanya kan..;)

Popular posts from this blog

adaKAh ini AneH??!! [5]

Aku Suka Vending Machine :) masa kat matrik dulu dalam seminggu berapa kali ek   beli air  gedegang! Tak haus pun,just suka..macam sesuatu yang nikmat biler berjaya membazirkan syiling sebanyak 2 keping 50 sen 1 keping 20 sen dan 1 keping 10 sen..dan sangat mendebarkan bila nak buat keputusan nak beli air apa,hihi~

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum, Sejak 2,3,4,5 menjak ni..aku dah mula suka pakai makeup!.Giler.And aku dapat rasakan aura-aura kewanitaan mula muncul like minat shopping!.Aku harap ia tak makin kronik..==" But atleast 19 tahun wearing makeup tak pelikkan? but how bout budak yang UPSR pun tak lepas lagi wearing makeup mengalahkan artis??  [first time buat  ST ,rasa janggal sebab tak bole bebel panjang! :P]

Hipokrit Itu Perlu Kadang-Kadang :)

Assalamualaikum, Hari ni hidup seorang penganggur biasa saja,makin dekat tarikh nak daftar ke UPM,makin aku memaksimakan kemalasan duduk dirumah teres dua tingkat ni(agak details di situ ya..).Sebab lepas ni kena rajin-rajin..kalau ada rezeki dapat biasiswa,saya janji! akan aktif dan cuba mendapat pointer yang cemerlang setiap sem! jadi..sponsor lah saya,whoa! Nampak sangat tengah taksub dengan iklan-iklan biasiswa..bhahhaha,sekali my ex-roomate  FINA  cakap.. " Izza,aku tak berani laa sebab ada interview " gulp!  hampir terlupa tentang tu,sebab biasiswa JPA jer yang tak ada temuduga..==" aku pergi bantai mohon semua biasiswa yang ada,even aku 4flat! still tak terjamin oiittt.. Okay,sila abaikan lukisan adik aku tu..sebab aku ketandusan gambar-gambar menarik,booooo!! HAHA Alright,back on track..Hipokrit kalau dilihat secara mendalam ia bukan lah sesuatu yang negatif,so be positif! berpeganglah pada pri...