Assalamualaikum,
Alhamdulillah semester satu dah berakhir walaupun ia berakhir dengan kesadisan.Memang pengajaran sangat-sangat..tak pernah selama aku exam..aku datang dengan kepala kosong,ya Allah.Nak nangis tapi tak mampu? acane? yang kelakar bila aku tengok running man episod 41 tak silap boleh pulak nangis,sebab tu last joong ki shoot for running man,gila? tau dahh.. =.=
Supposed nak sambung balik post before ni cameron part 2,tapi nanti-nanti lah! HAHA..just tergerak hati nak buat post response to cik sikin pasal trend kahwin muda.hohohoho..
Pada aku,orang yang lebih kurang sebaya aku dah bernikah..adalah sangat hebat! kerana apa? sebab mereka berani mendukung komitmen.Sumpah aku takut dengan perkahwinan,otak sempit aku kata.. aku bakal terikat,dengan keluarga sendiri pun kadang kala tak sempat nak luangkan masa sebab nak kejar dateline assignment,presentation,test yang berlambak..koko,tiap-tiap minggu pergi kelas batik canting sebab nak dapat A free untuk koko..apa lagi nak suruh aku jenguk keluarga mertua/mentua?
Kalau yang sebaya aku itu gadis,mungkin tak ada masalah..tapi bagi lelaki? hebatnya beliau! umur awal 20 dah kena tanggung dosa si isteri..isteri pakai tudung pendek nampak dada dia bertanggungjawab untuk perbetulkannya,dan beruntunglah dia kalau si isteri taat kepada agama :)
Dan yang paling aku takut,bila dengar kata-kata orang tua..
" Bila kita berkahwin,kita bukan sahaja
berkahwin dengan si suami..tapi dengan
keluarganya sekali "
Baik buruk keluarga si suami,hendaklah ditelan! And masa ni lah imaginasi aku mula keluar, mak mertua/mentua kejam! pergolakkan hidup menantu dengan mertua/mentua dan keluarga sebelah suami..mak mertua kata masakan aku boleh menjadi punca anak dia rest in peace,or cara aku basuh pinggan salah..or aku patut sidai baju ikut arah selatan tapi aku sidai ikut barat,or cara aku lipat baju macam budak tadika!
see? gua memang berfikiran negatif!
and aku takut masa dengan rakan-rakan aku berkurangan :/
bayangkan korang tengah hangout tengok movie sama-sama cerita power rangers kat mines tiba-tiba hubby korang mesej tanya dekat mana? bila nak balik? kenapa tak masak?
T_______T
masa tu lah gua nak jerit, PULANGKAN ZAMAN REMAJA KU!!!!
korang pandang muka member sorang demi sorang..terpaksa cakap,
" korang, suami titeww suruh berangkat pulang
meskipun kita sudah bersumpah serta berjanji
untuk makan takoyaki sama-sama lepas tengok
movie..tapi titeww kena pulang,
titewww tak nak suami kita murka "
One day..aku harap aku boleh terima komitmen dalam hidup aku,which is komitmen untuk berkeluarga..and aku yakin sangat masanya belum sampai.Harap Allah tak timbulkan rasa cinta dalam hati aku buat masa ni. Aku nak capai macam-macam walaupun aku tak setinggi Gwang Soo,hihi.. Madam selalu cakap, komitmen aku sekarang adalah belajar..tapi aku selalu sangat melencong -.-" salahkan K-Wave! eh? hahha
p/s : kalau belum mampu zahir dan batin
tak perlu lah kahwin awal..
tapi!
kahwin awal dengan izin keluarga
lagi baik dari berzina kan?


Comments
aku rasa this is the best bro!!! sekinja-kinja aku nak kawin awal pun, aku ada terfikir benda2 mcm ni and aku rasa..yeah! kau dah terjemahkan dlm ayat. kahkah so bila aku kata aku nak kawin awal, means nafsu semata ;PP
betul aaa, mak mertua mesti garang , adek beradik ipar lagi , haa. boleh ke terima kite .
nanti nak tengok cite devil inside dandan kene keluar wayang ,
tengah beratur beli cool blog tetibe anje kite call suruh balek urut kaki .
pftttt .
hhaha.
TANAK KAWEN dah. taknak miang nak kawen lagi .
kbai :)
tak mau kahwin awal nnt tak dapat tgk midnight movie dekat mines, tak dapat nak main boo boo XD
kalau aku nak kawen tunggu
dah punsing satu dunia nnti..
baru ar nak kawen sampai 4 pun..
hahahahahahaha